Sunday, August 3, 2008

Isra' MIkraj

Cuti 3 hari macam tak de cuti.. jadual penuhhhh sesangat sibuk menyiapkan board paper lagi, tapi masa malam isra’ mikraj tu aku meluangkan masa untuk menghadiri majlis keagamaan yang diadakan dirumah PakPayne. Ustaz Hassan Khamis yang kebetulan melawat Abu Dhabi telah dijemput untuk memberikan ceramah.

Setelah penat fikir, rasa macam malas nak pergi la, cari baju kurung tak jumpa lah alhamdulillah berjaya juga aku sampai ke majlis itu. So Sayang tak ada l ingat shopping saja tau, akhirat pun I ingat jugakkk..hehehehe

Almost 60 plus Malaysian attend the majlis. Rasa macam kenduri pun ada tapi bila Ustaz mengingatkan kembali kisah Isra MIkraj, terasa keinsafan di hati. Paling diingati, bila Ustaz Hassan mengingatkan yang solat adalah perkara pertama dihisab di akhirat kelak. Kalau lepas solat Insya Allah selepas itu tak ada masalah walaupun terpaksa merangkak-rangkak meniti siratun mustaqim. tapi kalau solat tak lepas, maknanya perkara lain pun tak lepas. Takutnya kalau dibayangkan... Harapnya aku dan keluarga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Insya Allah..


Kurma yang baru dipetik dari pokok. Sumbangan ikhlas Kak Ani. Sedapnya kurma dari pokok nih.. Aku yang tak suka kurma pun boleh makan sampai 5 - 6 bijik. Ingat nak cari buat balik KL nanti masa balik puasa, mak mesti suka..


Nampak rambut la pulak.. padahal sebelum datang aku dah cun-cun ikat tudung betul2 siap pakai brooch lagi.. suami tengok mesti suka, almaklum lah dia tengah pressure untuk aku menutup aurat.Insya Allah sayang..soon


Ustaz Hassan memberi ceramah.. sungguh terkesan sekali dan semua contoh2nya masih aku ingat..so sekarang ni tengah insaf la nihhh..harapnya boleh la kekalkan keinsafan ini selama-lamanya

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum Tinn,

Syukor Alhamdullillah sejuk perut Ibu bangga hati Suami you melihat kehadiran you di Majlis Isra Mikraj. Muga Tuhan memurahkan rezeki PakPayne dan Famili. Terima kasih kepada Al Ustaz Hassan Kamil kerana menjalankan tanggung jawab berdakwah dimana saja dibumi Allah. Rasa terpanggil Ustaz mengeluarkan Ilmu Pengetahuan untuk dikongsi bersama.

Begitu gerun dan insaf kata kata mu bila disebut pentingnya Solat dan amal ibadat yang lain itu. Rezeki sudah tentu yang sedap mesti ada dalam tulisan Blog yang tentu ia juga mengingatkan kita Rezeki itu juga datng dari Allah.

I suka tengok You bertudong tetapi kenapa pakai yang macam Burung Kakak Tua ada jambul terkeluar.

Syarahan sepatut memberi keinsafan dan menukar Insan itu apabila dia terasa keujudan. Keinsafan semestinya membentuk kejalan yang dituntut.

Tinn wajah You cantik dan senyum you anggun bila you bertudong. Wajah wajah macam You ini memang dibentuk untuk bertudong selain ia hukum wajib menutup Aurat wanita.

You memang cantik bertudong itu kesimpulan dan pandangan mata I yang ikhlas.

GanyaS